Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM)
Ditubuhkan pada tahun 2015, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) merupakan sebuah pertuhuban di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-022-10-04112015. Kami adalah satu-satunya dewan perniagaan yang berkaitan dengan vape yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Tujuan utama kami adalah untuk membantu industri vape di Malaysia agar ia lebih berdaya saing dan lebih berstruktur secara keseluruhannya. Dengan bantuan dari ahli kami yang berdedikasi, kami telah menganjurkan kempen kesedaran, acara membina komuniti, latihan mendalam serta sesi perbincangan bersama agensi kerajaan.